Assalamualaikum orang kampung semuanyaaaaaa. Selamat tahun baru 2016 saya ucapkan kepada anda semua. Setelah sekian lama dari 2014-2015 aku menyepikan diri. Kini aku kembali dengan cerita baru dan trip paling latest di 2015. Walaupun dah 2016 boleh dikatakan agak basi ye trip aku nie sebab aku pergi May 2015. Tapi tulah saja je nak cerita trip Pulau Perhentian nie. Muahahaaaa.
Planning ke Perhentian nie agak lama jugak lah bermula Jan 2015. Bincang2 je kat group whatsapp sebab masa tu aku and the geng tgh practical lagi. So cadangnyaaa bulan 5 lah lepas habis practical semua nyaaa. Aku jumpa satu package nie agak murah lah RM260 per person dekat instagram : Jojovacaytravel. Aku tengok pakej pulau lain semuanya mahal RM300 ke atas. Paling penting duduk dekat Long Beach okeyyyyy. Tak main lah perhentian besar, perhentian kecil nie muahahaaa.
Day 1
Gambar atas antara kutu2 yang terlibat utk trip pulau nie. Kami konvoi 2 biji kereta dari Kuantan-Jeti Kuala Besut melalui LPT2. Gerak dalam pukul 12 malam mcm tu sebab nak sampai jeti sana pukul 6 pagi. Waktu pergi tu aku tak tahu tak pernah dengar lagi LPT 2 banyak kemalangan lah apa. Balik dari trip baru tahu rupanya byk kemalangan bagai kan. Syukur sangat waktu perjalanan tu tak jadi apa2.
Sampai terminal jeti Kuala Besut dalam pukul 6 pagi. Terus parking kereta pastu pergi breakfast kat kedai mana yang bukak. Kat sini kalau nak parking kereta sehari RM10. So parking lah 2 biji kereta kat situ. Dalam 8.30 kami dah naik bot utk ke Long Beach. Aku cadangkan bagi sesiapa yg nak ke pulau nie better pilih chalet yang dekat Long Beach. Sebab kat sini pantai dia sangat cantik. Very white beach. Kalau pergi dengan kawan2 pun sangat sesuai. Chalet-chalet kat sini pun murah. Dah sampai tu dalam sejam naik bot terus check in dan semua balun pergi tidur. Pukul 3 petang baru start aktiviti iaitu trekking ke kincir angin. View dia paling superb bagi aku yang memang gila ke laut nie. Muahahaaa.
Lepas trekking ke kincir angin kami pun slurppp mandi laut beramai-ramai. Oh yaa kebetulan waktu trip aku nie ada sekali geng-geng Megat AD. So sepanjang trekking,snorkelling memang geng kiteorg satu bot je. Siapa tak kenal Megat AD boleh google lah yeee. Hikssss.
Nie lah kawasan Long Beach tuu
Jernih gilaaa air dia
#surayajalanjalan
Peace yawwwwwwww
View dari atas puncak kincir angin
Lebih kurang 20-30 minit trekking nak sampai ke atas nie
Tapi memang berbaloi sangat-sangat
Me and my gang
Day 2
Aktiviti hari kedua macam biasa lah snorkelling dayyyy. From 9 am till 4 pm. Kalau follow package jojovacaytravel nie free kayaking and banana boat so korang main lah sampai lebam. Ada lah dalam 4-5 point tempat snorkelling. Bulan 5 nie pun memang tengah summer season so laut sangat lah cantik. Lepas trip pulau nie aku pergi jugak ke Krabi. Phi Phi island sebenarnya takde lah cantik mana macam pulau perhentian nie. Serius lawa lagi laut kita. Terbaik,daebakkkk. Layan gambar jelah yeee.
Tengok lah betapa jernih nyaa air laut tu
Lepas je aktiviti snorkelling nie, sampai je kat pantai kiteorg main banana boat pulak. Tapi gambar takde sangat sebab lebih kepada video je. Banana boat kat sini pun terbaik sebab beberapa kali jugak boatman tu saja je buat jatuh dalam air. Mula lah gelepor nak naik balik ke banana boat tu payah. Hahaaaa.
Dah setel belaka aktiviti kiteorg makan pulak. Nak layan sunset tapi waktu nie aku tak tahu nak tengok sunset kat mana. Dah last day atas boat baru tahu rupanya kena pergi perhentian kecil kalau nak layan sunset. Sobssss sedihnyaaaa.
Masing-masing muka dah sunburn hahaaa
Enjoyyyy
Malam pulak dinner dekat beach bar duduk atas tikar pantai sambil melayan lagu dan melayan shisha. Tapi aku takde lah selok ke shisha pun. Tengok budak2 nie jelah shisha sambil makan bergurau senda gitu menghabiskan masa-masa terakhir di Pulau Perhentian. Night life kat sini pun agak meriah. Ko tunggu jelah pukul 1 pagi till late mende apa mat salleh buat joget-joget sakan.
Gambar waktu nie tak banyak sangat sebab ada kes-kes yang tak dapat di elakkan
:P
Day 3
Hari untuk kita pulang sudah datang. Check out pukul 12 pm lepas tu terus pergi lunch. Sebab dah janji dengan boat man pukul 2 pm. So sempat lah nak makan bagai lepas tu bergambar buat kali terakhir.....
Geng aku dan geng2 Megat AD mengambil gambar buat kali terakhir
Cuba cari yang mana satu Megat AD
Hahaaaaa
Sekian sahaja cerita basi saya yang pergi ke pulau perhentian pada bulan 5 2015 tapi baru rajin nak update blog pada Januari 2016. Mihmihhhhh.
Next trip akan update kalau rajin ialah bercuti di Krabi. Stay tuneeeed.
Adiossss amigoshhhh.
P/s = Kalau nak tengok full video tentang trip aku nie boleh lah ke youtubeeee
#surayajalanjalan