Thursday, March 15, 2012

Tips Mengemas Rumah dgn cara aku

 
Assalamualaikum
Apa khabar semua?
Sihat ke?
Aku harap anda semua sihat2 saja
Haha
Mcm nak buat ayat karangan la pulak
Pada petang yang indah ni,aku akan bagi tips mcm mana nak kemas rumah
Bagi yang tak pandai mengemas,tak tahu nak kemas mcm mne,haa boleh la baca entry aku kali ni
First time taw aku bagi tips ni
Tapi nie mengikut kaedah aku mengemas rumah la

Pertama
Okay pertama sekali kena ikhlas kalau nak kemas rumah
Takmau ada sebarang paksaan,takmau mak berleter kat telinga baru terhegeh2 kemas rumah
Jangan yea
Kita nak kemas rumah kena la muka ceria,happy2,enjoy dgn tugas kita
Apa apa yang kita buat pun mesti lah dgn hati yang ikhlas dan mulakan dgn Bismillah 

Kedua
Aku suka mulakan dengan membasuh baju
Lepas letak semua baju dalam mesin basuh,biarkan je mesin basuh tu
Sebab mesti mesin tu yang membasuh kan
Spin,dry in apa semua
Sementara aku tunggu nak menjemur kain tu ,pinggan2 yang kotor,cawan2,aku letakkan ke dalam sinki
Sisa2 nasi kat dapur/kabinet aku lap dengan kain buruk bia jatuh ke lantai
Lepastu aku lap sampai bersih
Cuci pinggan baru aku sapu seluruh dapur tu

Ketiga
Yang nie masuk ruang tamu pulak
Apa2 saja barang yang aku rasa menyemak kat pandangan mata aku
Aku ambil lepas tu letak kat tempat asal
Sofa aku susun elok2
Bantal2 aku kibas2 aku susun kemas2
Kabinet tv tu aku lap sebab mmg tempat kumpul habuk kat situ
Selipar/kasut yang kat luar rumah susun esok2
Kalau ada rak kasut masukkan dalam rak kasut
Aku memang pantang sikit tgk kasut berselera je mcm tu
Mesti mulut bising je suruh sape2 kemas

Keempat
Masa utk cuci bilik air !
Aku taw yang nie mesti ada sesetengah orang geli  nak cuci bilik air
Tapi fikir lah
Kalau bukan anda yang nak mencuci siapa lagi ?
Sendiri pakai sendiri cuci la
Nak senang masa mandi
Sebelum mandi tu gosok la sikit mozek bilik air tu
Ambil la sabun breeze ke ape ke
Barangan peribadi tu susun elok2 biar sedap mata memandang
Haa kan dah wangi bilik air selepas di cuci
Memang lepas nie semangat je nak cuci kan

Cukup empat la tips aku bagi
Aku harap anda semua lepas nie jadi rajin kalau nak kemas rumah
Paling kurang pun kalau ada benda2 yang xberkaitan dkat dapur,ruang tamu anda
Ambil barang tu dan letakkan di tempat asal
Mudah je kan?
Jangan lah bebankan mak kita dengan tugas remeh temeh mcm nie

Selamat mencuba dan selamat mengemas rumah !

2 comments: